Sunday 22 September 2013

Bila masa sesuai nak makan vitamin shaklee?

Pantang-larang dan Masa Terbaik Pengambilan Vitamin Shaklee


Agak ramai yg confuse timing atau masa yg sesuai utk makan vitamin. Yer la kan, bila dah quite byk jenis gak vitamin yg nak dimakan, pening jugak nakmenyusun jadaual waktu makannye. 

Contoh mudah, ibu yg menyusu badan, yang wajib mmg la akan ambil ESP, Alfalfa, Vitalea, B-Complex, Vitamin C. Ada gak yang ambik vitamin sunat dimakan hihihih...contohnya...OmegaGuard ke, GLA Complex ke, ......Mungkin ada yang pening nak susun jadual waktu pemakanan vitamin kan?? 

Sebelum susun jadual, a few things kita perlu tahu tentang peraturan atau mekanisme penyerapan optimum vitamin2x ni. Follow je peraturan kat bawah ni, InsyaAllah, dapatlak kita akan kebaikan dan keberkesanan vitamin2x yang kita ambil tu. 

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Sebaik2xnya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.



APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin dicadangkan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambil vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana ianya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara optimum atau berkesan!

Sekiranya anda merasakan rutin anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, mungkin anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Tetapi, cadangan saya ini bukanlah muktamad tetapi masih bergantung kepada tubuh badan kita.

So, selamat mencuba....selamat beramal dan selamat semuanyaaa......

No comments:

Post a Comment